Saturday, September 19, 2009

Amalan Ildilfitri

Post saya sebelum ini menyatakan bahawa orang yang beriman sedih, dan orang munafik gembira pada hari terakhir Ramadhan. Adakah ini bermakna munafiklah kita jika kita bergembira pada Hari Raya? Bukan itu maksud saya. Hari Raya Ildilfitri ialah hari untuk umat Islam bergembira kerana telah berjaya berjuang selama sebulan. Allah SWT telah mengarahkan kita bergembira pada hari tersebut. Para sahabat pun terpaksalah bergembira walaupun agak sedih kerana Ramadhan telah meninggalkan mereka. Walau bagaimanapun, adakah cari kita bergembira itu betul? Masyarakat kita selalunya bergembira dengan cara yang salah. Antaranya:
  1. Main mercun, meriam buluh dll. Ini merupakan perbuatan membazir dan mengganggu ketenteraman masyarakat setempat yang menyerupai amalan syaitan dan iblis.
  2. Membawa pasangan yang bukan mahram berjalan-jalan malah ke rumah sendiri. Dekat sangat dengan zina tu. Ada juga ibu bapa yang bangga dengan pencapaian mendekati zina anak2 mereka. Dayus!!
  3. Terlalu bergembira sehingga melewatkan waktu solat, tidak berjemaah, ataupun tidak sembahyang terus.
Amalan2 di atas merupakan amalan yang salah di kalangan kita. Secara ringkas, pada 1 Syawal, Allah SWT telah menetapkan beberapa amalan yang sunat(mungkin muakkad, x pasti) untuk kita amalkan. Antaranya:

  1. Mandi Sunat 1 Syawal. Bersuci(potong kuku dan sbgnya)
  2. Makan sebelum solat sunat. Sebaik-baiknya kurma
  3. Berjalan kaki ke masjid (kecuali jauh sangat) sambil bertakbir (negara kita tidak amalkan)
  4. Menunaikan solat sunat Ildifitri. Sunat dilakukan di padang (negara kita tidak amalkan)
  5. Takbir selepas setiap kali solat fardu. (Entah kenapa negara kita mengalunkan alunan yang sedih, bertentangan dengan Arab yang melakukan dengan nada semangat tanda kemenangan)
  6. Memakai pakaian yang terbaik untuk diraikan. Sebelum hari raya, lebih baik kita tanya khabar jiran2 kita yang mungkin tidak mampu membeli pakaian baru. Sedekahkanlah kepada mereka apa yang patut.
  7. Bermaaf-maafan. Amalan ini sudah biasa buat. Masalahnya ikhlas ataupun hanya sebagai rutin. 
  8. Memakai wangi-wangian. Kaum lelaki ataupun perempuan. Tetapi, bagi perempuan yang memakai wangi-wangian bertujuan untuk menarik perhatian lelaki telah dikira sebagai mendekati zina. Dayus!!
  9. Ziarah-menziarahi. Alhamdulillah, amalan ini dapat dilakukan baik di negara kita. (Cuma kanak2 yang menziarah untuk duit raye jer. Kanak2, biasalah. Lagipun pahala bagi yang menderma)
Itu sahaja yang saya ingat. Masalahnya mungkin ada yang fikir saya tertinggal amalan menziarahi kubur. Menziarahi kubur itu zunat kerana mengingat jasa si mati, ingat kepada kematian dan sbgnya. Tetapi, amalan itu mungkin tidak sesuai semasa 1 Syawal kerana hari tersebut hari untuk bergembira. Tiada satu pun hadis yang menyatakan ziarah kubur pada 1 Syawal itu membawa pahala yang besar. Pahalanya sama sahaja dengan hari2 lain. Jadi, eloklah kita pergi pada hari ke-2 atau selepasnya. Itu saja kot. Selamat Hari Raya Ildilfitri dan zahir batin jika ade tersalah tulis. Tegurlah saya supaya tidak sesat. Assamualaikum. :D

Friday, September 18, 2009

Hari Terakhir Ramadhan dan Ildilfitri

Assalamualaikum. :D ,

Hari terakhir Ramadhan, iaitu hari ke 30,31 ataupun 29 umat Islam berpuasa(bergantung kepada anak bulan walaupun sepatutnya 30 hari) merupakan hari yang mempunyai maksud tertentu. Bagi orang yang beriman, mereka akan sedih. Para sahabat menangis pada hari tersebut. Di sebaliknya, orang munafik akan kembali gembira dalam hati, luar tidak. Sebab?

Bagi orang beriman:
  1. masa untuk mendapat pahala berganda-ganda-ganda-ganda hampir tamat.
  2. tidak tahu bahawa dapat berjumpa dengan Ramadhan yang seterusnya.
  3. risau akan menjadi kembali jahil di bulan syawal dan seterusnya.
Bagi orang munafik:

  1. tiada lagi bebanan untuk tidak makan di siang hari, korek hidung(penting sgt ke? ada cakap boleh jer tapi jangan lebih2), dan boleh hisap rokok pada siang hari.
  2. tiada lagi teguran apabila sedang bermesra dengan pasangan yang bukan mahram. padahal larangan mendekati zina itu seumur hidup.
  3. tidak perlu lagi pergi ke surau untuk solat terawih, orang munafik tidak tahu 20 rakaat terawih tidak sama dengan satu solat fardhu. Itulah sebab mereka jemaah terawih tapi tidak pula jemaah solat fardhu. Terbalik tu.
Saya minta maaf jika ada tersalah tulis atau salah maklumat. Maklumlah saya hanya seorang insan lemah iman dan ilmu agama. Tetapi saya tahu menyebarkannya wajib walaupun bagi orang seperti saya. Saya yang tiada kuasa dan tidak mampu menegur dengan lisan ini hanya mampu berjuang dengan hati. Hanya dengan Blog ini sahaja yang ak mampu. Jika ada tersalah, tegurlah aku dalam komen atau dimana-mana sahaja. Assalamualaikum. :D